SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan perniagaan Cina bagi menjelaskan keperluan penutupan dan pemindahan ladang babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat. Pertemuan tersebut bagi menjelaskan masalah pencemaran yang berlaku dan keperluan kepada pengurusan penternakan moden serta mampu mencegah daripada jangkitan penyakit seperti demam babi Afrika (ASF). Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, pertemuan tersebut turut menjelaskan penutupan ladang bukan untuk melarang mereka daripada meneruskan aktiviti penternakan…










