PETALING JAYA: Terdapat segelintir peminjam memanipulasi kemudahan penstrukturan semula bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya semata-mata ingin memperbaiki rekod kewangan mereka terutama ketika memohon pembiayaan kenderaan atau perumahan. Niat melakukan penstrukturan semula bukanlah untuk melunaskan tunggakan pinjaman sedia ada, sebaliknya hanya untuk memenuhi syarat untuk permohonan pembiayaan agar diluluskan institusi kewangan. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu melihat semula kemudahan itu…










