PETALING JAYA: Rata-rata pelajar institusi pengajian tinggi meminta kerajaan untuk menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada mereka sama seperti yang diterima golongan bekerja. Permintaan itu berikutan kos sara hidup pelajar semakin meningkat dan setara dengan golongan bekerja, susulan peningkatan harga barangan asas, sewaan kediaman, keperluan akademik serta kos pengangkutan yang terus menekan situasi kewangan mereka. Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sharifah Shazfika Syed Mohamed Rahim, 24, berkata, mereka…










