KPT teliti cadangan autonomi mahasiswa

KPT teliti cadangan autonomi mahasiswa

Autonomi mahasiswa
ZAMBRY Abd Kadir beramah mesra bersama pemimpin mahasiswa ketika sesi pembentangan resolusi pada Program Makmal dan Dialog Kemenjadian Mahasiswa Rancangan Pendidikan Tinggi, di UiTM Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Tinggi meneliti cadangan autonomi mahasiswa dalam hak mengundi sebagai sebahagian daripada 10 resolusi yang dikemukakan dalam Program Makmal dan Dialog Kemenjadian Mahasiswa Rancangan Pendidikan Tinggi, semalam.

Antara cadangan lain dikemukakan dan akan diteliti termasuklah pembelajaran berpaksikan kemanusiaan, bakat berprestasi tinggi serta pensijilan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, MPP daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT) termasuk politeknik dan kolej komuniti itu turut mencadangkan supaya bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan fleksibel dan penyampaian responsif menerusi platform U-Care AI.

“Justeru, pertemuan ini amat baik dan kita memberi ruang kepada mereka memberi pandangan untuk memperbaiki pelan pendidikan tinggi.

“Kita lihat tadi mereka membentangkan 10 cadangan dan Insya-Allah sebahagian besarnya akan turut dimasukkan dalam pelan berkenaan,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan kumpulan mahasiswa tersebut kerana mereka mewakili kepemimpinan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Program itu menghimpunkan kira-kira 1,000 pimpinan mahasiswa termasuk politeknik dan kolej komuniti bagi turut memperkasakan peranan dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari lalu melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 sebagai langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN