PETALING JAYA: Pas tidak akan bersama Kerajaan Perpaduan kerana tidak boleh menerima konsep perpaduan yang membisu terhadap kezaliman serta dosa yang disifatkan sebagai punca berlakunya perpecahan. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu membawa konsep perpaduan Islam berteraskan ketetapan Allah, sekali gus menjadi alasan tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Ilahi, sebagaimana direalisasikan Pakatan Harapan (PH). “Konsep perpaduan tersebut melibatkan kumpulan yang menganut…










