London kekal bandar paling sesak di dunia

London kekal bandar paling sesak di dunia

LAPORAN terbaharu TomTom mendapati masa perjalanan purata di London kini 45 saat lebih lama berbanding tahun lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ibu negara United Kingdom (UK), London, dinobatkan sebagai bandar mega dengan trafik terburuk di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, kelajuan purata lebih 16 kilometer sejam (km/j).

Menurut laporan terbaharu TomTom, perjalanan sejauh 9.7 km mengambil purata 35 minit 7 saat, sekali gus mengekalkan kedudukan London sebagai bandar dengan trafik paling perlahan di dunia.

Indeks Trafik Tahunan TomTom menilai kelajuan pergerakan pengguna navigasi satelit di 501 bandar di 62 negara merentasi enam benua, memberikan gambaran menyeluruh mengenai kesesakan lalu lintas global.

Untuk menilai bandar-bandar besar terburuk di dunia, kawasan dengan populasi lebih daripada lapan juta, laporan itu melihat beberapa faktor termasuk tahap kesesakan purata, kelajuan purata dalam trafik, jarak purata yang dipandu dalam 15 minit dan masa yang hilang semasa waktu puncak.

Dengan jutaan kenderaan bergerak di seluruh London setiap hari, keadaan dijangka semakin buruk bagi penduduk yang perlu bergerak dengan cepat.

Laporan itu turut mendapati masa perjalanan purata di ibu negara kini 45 saat lebih lama berbanding tahun lalu, menyebabkan pemandu biasa kehilangan 136 jam setahun tersekat dalam trafik waktu puncak.

Menurut indeks tersebut, hari paling sesak berlaku pada 10 September 2025, apabila mogok besar-besaran di London Underground memaksa pengguna mencari pengangkutan alternatif. Menjelang pukul 5 petang, tahap kesesakan meningkat sehingga 135 peratus.

Selain itu, pusat industri berteknologi tinggi di India, Bangalore, berada di tempat kedua di belakang London.

Pusat teknologi yang secara rasmi dinamakan Bengaluru atau turut dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’, mencatat tahap kesesakan purata 74 peratus, dengan pemandu kehilangan 168 jam setahun kerana tersekat dalam trafik.

Manakala Mexico City berada di kedudukan ketiga, di mana warganya boleh bergerak sejauh 4.4 km dalam hanya 15 minit, diikuti Hyderabad, India, dengan tahap kesesakan purata melebihi 55 peratus.

Bandar raya mega lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas ialah Bandar Raya New York, Buenos Aires di Argentina, Chennai, India, Paris di Perancis dan Ahmedabad di India.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN