SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 3,000 individu di negeri ini berisiko tergelincir ke dalam kategori miskin tegar pada tahun ini. Ia berdasarkan jangkaan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan pemantauan semasa, antara 3,300 hingga 3,500 individu dikenal pasti berdepan risiko kehilangan sumber pendapatan akibat pelbagai faktor termasuk pemberhentian kerja, masalah kesihatan…










