PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneruskan agenda reformasi membina semula institusi negara dan memastikan pimpinan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meningkatkan kecekapan pentadbiran, memperkemas birokrasi dengan kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan melalui pelaksanaan projek yang akan disegerakan. Beliau berkata, reformasi utama yang akan dilaksanakan termasuk pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan…










