GOMBAK: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi lampu hijau kepada badan penguat kuasa menggempur semua agensi Kerajaan Pusat dan negeri dalam usaha memperbaiki kelemahan tadbir urus yang merosakkan integriti sektor awam. Malah, Perdana Menteri yang masih belum berpuas hati dengan tahap penguatkuasaan, mahu agensi penguat kuasa turut ‘membersihkan’ pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada sebarang salah laku. Anwar berkata, mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membincangkan mengenai penguatkuasaan dan beliau sedia maklum berhubung…










