PUTRAJAYA: Susulan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat, bekas panglima pasukan itu direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. Dua isterinya juga direman iaitu isteri pertama yang ditahan reman selama tiga hari dan isteri kedua pula selama enam hari. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Ezrene Zakariah selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. Dalam hujahannya di mahkamah, pegawai penyiasat…










