AS tangguh serang Iran bukan kerana 'dipujuk' negara Teluk

AS tangguh serang Iran bukan kerana ‘dipujuk’ negara Teluk

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Iran semalam, selepas membatalkan hukuman mati terhadap ratusan penunjuk perasaan yang ditangkap ekoran protes keganasan di negara itu.

“Saya menghormati hakikat semua hukuman gantung yang dijadualkan, sepatutnya berlangsung semalam dibatalkan oleh kepimpinan Iran. Terima kasih!,” tulis Trump dalam hantaran di Truth Social.

Trump berulang kali mengancam tindakan ketenteraan terhadap Iran dalam tempoh dua minggu lalu, kononnya untuk membantu penunjuk perasaan, selepas kumpulan hak asasi manusia menuduh Iran membunuh ribuan orang.

Namun beliau kini menangguhkan untuk campur tangan selepas mendakwa pada 14 Januari berhubung pembunuhan berhenti.

Trump juga menolak komen pegawai-pegawai Teluk pada 15 Januari yang mendakwa Arab Saudi, Qatar dan Oman memimpin usaha memujuknya supaya tidak melancarkan serangan, dan berkata tindakan Iran itulah yang mempengaruhinya.

“Tiada siapa yang meyakinkan saya – saya meyakinkan diri sendiri. Mereka tidak menggantung sesiapa. Mereka membatalkan hukuman gantung itu. Itu memberi kesan besar,” kata Trump kepada wartawan semalam ketika beliau meninggalkan Rumah Putih untuk berangkat ke Florida.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN