YTL anggap pengurniaan darjah tanda iktiraf sumbangan

YTL anggap pengurniaan darjah tanda iktiraf sumbangan

Sumbangan YTL
SULTAN Sharafuddin Idris Shah mengurniakan darjah kebesaran kepada Dominic Hua Shi Hao pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 baginda dekat Istana Alam Shah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pengurniaan darjah dan bintang kebesaran kepada dua pengurusan kanan syarikat pembangunan infrastruktur, YTL Corporation Berhad (YTL) dan YTL Power International Berhad dianggap sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan kepada pembangunan di Selangor.

Naib Presiden Komersial YTL Power International, Dominic Hua Shi Hao berkata, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kumpulan YTL untuk terus membantu dan menyumbang kepada negeri ini.

“Pengurniaan pingat merupakan satu penghormatan yang cukup besar dan juga inspirasi kepada kumpulan YTL untuk terus menyumbang kepada pembangunan di Selangor.

“Sebagaimana yang diketahui, keluarga YTL datang dari Kuala Selangor. Jadi, tahun ini kita menyambut ulang tahun ke-70. Kita pun membuat banyak pembangunan dan sumbangan kepada Selangor,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, pada istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Kelas Pertama kepada Pengarah Eksekutif YTL Corporation, Datuk Mark Yeoh Seok Kah.

Baginda juga menganugerahkan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) Kelas Ketiga kepada Dominic Hua.

“Kami merafak sembah dan juga setinggi-tinggi tahniah kepada baginda sempena Hari Keputeraan Ke-80,” ucapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN