KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan bahawa parti itu cuba membeli atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meraih sokongan bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Warisan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi yang menjadi asas pentadbiran negeri ini. Selain itu katanya, komitmen parti itu adalah untuk sentiasa berteraskan integriti dan kepimpinan mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat. “Kepercayaan anda amat kami hargai…










