IPOH: Akhbar Utusan Malaysia mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul empat anugerah pada Malam Media Perak Sejahtera 2025 di sini malam kelmarin. Kejayaan itu bertambah manis apabila dua wartawan Utusan Malaysia termasuk daripada Kosmo! bersama seorang jurugambar meraih tiga tempat teratas daripada sembilan kategori yang dipertandingkan. Wartawan Utusan Malaysia, Fadzil Zainol memenangi tempat pertama bagi kategori Anugerah Berita Digital Perak Sejahtera 2030 Terbaik (Bahasa Melayu) menerusi laporan bertajuk Peradaban manusia purba…










