Banjir di Sabah:1,387 mangsa masih ditempatkan di PPS

Banjir di Sabah:1,387 mangsa masih ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Banjir di Sabah beransur pulih apabila mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 1,387 setakat pukul 4 petang tadi, berbanding lebih 7,000 orang semalam.

Berdasarkan laporan kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, sebanyak empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di daerah Beufort, melibatkan Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Dewan Dun Banir, Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya dan Dewan Residensi Pr1ma Woodford Estate.

Sementara itu, PPS di Tenom dan Membakut telah ditutup pukul 10 pagi tadi, selepas keadaan banjir surut dengan mangsa-mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.

“Manakala bagi satu PPS di Beaufort iaitu Dewan Masjid Darul Ikhlas diumumkan telah ditutup pada jam 12 tengah hari tadi,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN