KUALA LUMPUR: Tiada rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya akan mengisi kekosongan membabitkan beberapa jawatan menteri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memang terdapat keperluan bagi mengisi kekosongan beberapa jawatan menteri, namun beliau sedang merancang apa langkah perlu diambil. “Kita perlu mengisi beberapa kekosongan kerana ada keperluan. Rombakan itu kalau ada masa yang panjang, tetapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu tahun setengah. “Jadi saya tidak fikir akan ada rombakan…











