Pilihan raya Datuk Bandar: Tiada keperluan ke Jemaah Menteri

Pilihan raya Datuk Bandar: Tiada keperluan bawa ke Jemaah Menteri

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Magna AI dan Zchwantech di Putrajaya, semalam. - - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil me­ngesahkan cadangan untuk me­ngadakan pilihan raya Datuk Ban­dar Kuala Lumpur (DBKL) belum pernah dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, buat masa ini, tiada keperluan dan syor untuk membawa dan membincangkan cadangan serta kajian itu ke peringkat Kabinet.

“Memang tidak ada apa-apa untuk dibentangkan pada wak­tu ini kerana apa yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wi­layah Persekutuan), Hannah Ye­oh sebut sebelum ini adalah satu kajian yang disediakan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kajian itu pun belum dibawa ke Kabinet dan Kabinet belum membincangkannya. Jadi belum ada apa-apa lagi, ia masih di pe­ringkat pramatang,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani me­morandum persefahaman (MoU) antara Magna AI dan Zch­wantech di sini, semalam.

Fahmi mengulas perkara itu sebagai reaksi kepada kenya­taan Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mahu kajian dan cadangan pilihan raya datuk bandar itu dibawa ke Parlimen.

Fahmi menjelaskan, beliau menerima cadangan itu, namun ia boleh juga dibangkitkan terlebih dahulu pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) minggu hadapan.

Hannah sebelum ini memaklumkan kementerian sedang mengkaji kemungkinan menga­dakan pilihan raya datuk bandar sebagai antara kaedah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan DBKL.

Takiyuddin sebelum ini mempersoalkan keperluan me­nukar sistem pelantikan Datuk Bandar sedia ada kerana proses itu sebenarnya telah berjalan lancar di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 selama lebih 60 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×