SHAH ALAM: Kerajaan negeri menjangkakan pemeteraian terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilakukan pada September tahun depan. Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, kerajaan negeri mengadakan libat urus penilaian dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (SWCorp.) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Katanya, kerajaan negeri sudah pun menyerahkan pelbagai dokumen dan inventori berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada…










