PN Sabah tentukan bertanding atau tidak PRK Lamag-Takiyuddin

PN Sabah tentukan bertanding atau tidak PRK Lamag-Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Sabah diberikan hak sepenuhnya membuat keputusan sama ada mahu meletakan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia awal pagi semalam.

Ketua Whipnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jika PN memutuskan untuk bertanding kerusi tersebut akan diserahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, hal ini kerana kerusi tersebut sudah ditandingi oleh parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 27 November lalu.

“Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya. Sekiranya mahu bertanidng, kerusi tersebut milik Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Masyarakat India di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Utusan Malaysia selama melaporkan, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi ini.

Berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dimaklumkan anaknya, Naim Moktar.

Pada PRN itu, Bung Moktar Radin mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN