PETALING JAYA: Penstrukturan semula sistem kerja jururawat secara menyeluruh perlu dilaksanakan segera sebagai langkah utama bagi memastikan tenaga jururawat kekal berkhidmat dalam negara. Pengerusi Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia, Muhammad Julihan Kamari berkata, isu kehilangan jururawat tidak boleh dilihat daripada faktor gaji semata-mata, sebaliknya berpunca daripada pengagihan beban kerja yang tidak seimbang mengikut gred perkhidmatan. “Pada masa ini, jururawat gred U5 menanggung sebahagian besar beban kerja klinikal di lapangan, sedangkan jururawat…










