KUALA SELANGOR: Penduduk kecewa Rumah Selangorku dekat Taman Saujana Aman, Ijok, di sini yang dibeli dan diduduki sebenarnya terletak di kawasan risiko banjir. Menurut seorang penduduk yang juga warga emas, Hamidah Baharum, 66, tapak perumahan yang dibina lebih rendah menyebabkan kawasan yang didiami kerap dilanda banjir, beberapa tahun ini. “Kami seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada sungai. Kawasan ini dulu pernah banjir semasa dibina. Jadi saya tanya kepada Majlis Perbandaran Kuala…










