KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dalam satu kenyataan hari ini, pergerakan itu berkata, sokongan tersebut merupakan manifestasi keyakinan terhadap kepimpinan Hajiji yang disifatkan matang, berwibawa dan berpandangan jauh dalam memastikan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kelangsungan agenda pembangunan negeri. “Sehubungan…











