JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar pandangan serta teguran kerajaan negeri bagi memastikan setiap perancangan pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan baharu itu menandakan perubahan besar dalam cara kerajaan merangka pembangunan negara yang kini tidak lagi bergantung kepada andaian Pusat semata-mata. Katanya, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan pentadbiran negeri membolehkan pelan pembangunan disesuaikan dengan realiti sebenar di tiap-tiap…










