Pasukan penstabilan Gaza tidak akan perangi Hamas

Pasukan penstabilan Gaza tidak akan perangi Hamas

PEJUANG Hamas berkawal ketika pekerja Mesir bersama anggota Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mencari dua baki mayat tebusan di bawah runtuhan kem pelarian Jabalia, utara Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Tentera antarabangsa mungkin dikerahkan ke Gaza seawal bulan depan untuk membentuk pasukan penstabilan yang dibenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, keadah pelucutan senjata terhadap kumpulan pejuang Hamas masih belum jelas.

Menurut dua pegawai Amerika Syarikat (AS), Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) tidak akan terlibat dalam pertempuran menentang Hamas.

Katanya, banyak negara menyatakan minat untuk menyumbang, dan pegawai AS kini sedang menentukan saiz ISF, tempat penginapan, latihan serta peraturan pertempuran.

Seorang jeneral AS berpangkat dua bintang sedang dipertimbangkan untuk mengetuai ISF, namun tiada keputusan muktamad dibuat, menurut pegawai berkenaan.

Pengerahan pasukan itu merupakan sebahagian penting dalam fasa seterusnya pelan damai Gaza Presiden AS, Donald Trump.

“Terdapat banyak perancangan senyap yang sedang dijalankan di belakang tabir untuk fasa kedua perjanjian damai ini. Kami mahu memastikan keamanan yang berkekalan,” kata jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt.

Indonesia sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk mengerahkan sehingga 20,000 tentera bagi menjalankan tugas berkaitan kesihatan dan pembinaan di Gaza.

Israel masih menguasai 53 peratus Gaza, manakala hampir semua daripada dua juta penduduk di kawasan itu tinggal di kawasan dikuasai Hamas.

Menurut pegawai AS, rancangan itu, yang perlu dimuktamadkan oleh Lembaga Keamanan, adalah untuk ISF dikerahkan ke kawasan dikuasai Israel.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 17 November memberi kuasa kepada Lembaga Keamanan dan negara bekerjasama dengannya untuk menubuhkan ISF.

Rabu lalu, Trump memberitahu pengumuman mengenai pemimpin dunia yang akan berkhidmat dalam Lembaga Keamanan akan dibuat awal tahun depan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN