PETALING JAYA: Pas menafikan spekulasi bahawa parti itu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan sekiranya DAP menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Pas kekal dengan pendiriannya iaitu mempertahankan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan lain-lain. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan sama ada…










