PORT DICKSON: Semua operasi feri penumpang di Jeti Penumpang Port Dickson, Jabatan Laut di sini dihentikan sementara susulan kerosakan jeti akibat ribut tropika Senyar pada 28 November lalu. Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin sehingga kerja-kerja pemeriksaan struktur dan penilaian keselamatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa teknikal. “Operasi feri akan disambung semula selepas jeti disahkan selamat untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan…










