MiSHA, SHENA perkukuh kerjasama serantau KKP - Utusan Malaysia

MiSHA, SHENA perkukuh kerjasama serantau KKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) mengadakan perbincangan dua hala bersama Safety, Health and Environment Authority (SHENA), Brunei Darussalam, baru-baru ini, bagi memperkukuh kerjasama strategik serantau dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SHENA, Yang Mulia Haji Muhsin Haji Ahmad, disifatkan sebagai produktif dan bermakna, khususnya dalam aspek perkongsian pengetahuan dan teknologi, selain pembangunan program pengiktirafan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP/OSH).
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelaksanaan inisiatif bersama bagi memperkukuh piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat industri serta serantau.

Dalam pertemuan sama, MiSHA menyatakan hasrat untuk mencalonkan SHENA sebagai penerima MiSHA Asia Country Award mewakili Brunei Darussalam sempena MiSHA Asia Excellence Awards on OSH Principles of Prevention 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari depan di Putrajaya.

SHENA turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen serta inisiatif proaktif MiSHA dalam membantu industri tempatan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sementara itu, Ketua delegasi MiSHA, Ts. Abd Mutalib bin Abd Gapar berkata, pertemuan tersebut membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak.

“Perbincangan ini membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara MiSHA dan SHENA, khususnya dalam memperkasa prinsip pencegahan KKP, meningkatkan keupayaan industri serantau serta memupuk budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mampan merentas negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN