MELAKA: Sebanyak 72 projek berjaya diselaraskan setakat Oktober lalu melalui Penggalak Perindustrian Melaka atau Melaka Industrial Booster (MIB) yang memastikan pemain industri tidak lagi menghadapi kelewatan akibat prosedur birokrasi. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, MIB berjaya menghimpunkan 29 agensi bagi mempercepat proses kelulusan pembangunan industri dan menyediakan sokongan langsung kepada syarikat yang ingin melabur di negeri ini. Beliau berkata, ia merupakan pusat sehenti yang direka untuk menyelaraskan…










