Mesir gesa segerakan fasa kedua gencatan senjata Gaza

Mesir gesa segerakan fasa kedua gencatan senjata Gaza

PENDUDUK Palestin yang hilang tempat tinggal mendirikan khemah di antara runtuhan bangunan di kem pelarian Bureij di tengah Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Menteri Luar Mesir, Badr Abdel Aty membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk membahagikan Semenanjung Gaza dan menggesa pelaksanaan segera fasa kedua perjanjian gencatan senjata.

Beliau berkata, Mesir yakin Presiden Donald Trump dan pihak Amerika Syarikat (AS) akan terlibat dalam melaksanakan pelan yang mereka sediakan.

“Pelan ini direka untuk pelaksanaan praktikal, dan kami sedang berusaha mengukuhkannya melalui komunikasi berterusan dengan pihak AS,” katanya.

Badr turut menegaskan usaha kini tertumpu untuk usaha segera bagi melaksanakan fasa kedua gencatan senjata, yang dianggapnya sangat penting.

Beliau memberi amaran terhadap sebarang faktor yang boleh menghalang atau melengahkan pelaksanaan pelan tersebut.

Merujuk perbincangan mengenai penempatan pasukan antarabangsa di Gaza, beliau berkata, kuasa pasukan itu perlu ditentukan dengan jelas.

“Pasukan antarabangsa perlu ditempatkan secepat mungkin bagi memantau pematuhan pihak-pihak terhadap perjanjian gencatan senjata,” katanya.

Mesir juga sedang berusaha menubuhkan jawatankuasa pentadbiran awam di Gaza bagi menyediakan perkhidmatan asas, dengan kuasa kemudiannya akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Polis Palestin dijangka menjadi satu-satunya badan bertanggungjawab terhadap keselamatan di wilayah itu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN