KLANG: Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) kini menjangkau 50 tahun usia penubuhannya berhasrat mengembangkan pelaburan dalam bidang hartanah dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM180 juta. Ia melibatkan projek-projek di Olak Lempit, Jalan Kebun, Cahaya Sepadu dan Kenting selain projek berkaitan kesihatan berasaskan warisan Melayu di Pulau Langkawi. Pengerusinya, Datuk Md. Aini Taib berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang di samping memperkukuh sektor kewangan, pertanian…










