Kemiskinan tidak halang genggam ijazah

Kemiskinan tidak halang genggam ijazah

NUR Hidayah Musa bersama ibunya, Rozimah Mat Lazim ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UPM di Serdang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun ber­depan masalah kemiskinan dan isu kesihatan mental tidak menghalang Nur Hidayah Musa, 23, bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, lahir dalam keluarga miskin dan serba kekurangan bukan halangan untuknya menamatkan pengajian dengan kelas pertama.

“Saya sertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebab hendak dapat elaun bagi menampung kewangan, tetapi tekanan kewangan, akademik, masalah keluarga dan latihan fizikal menjejaskan mental dan fizikal saya.

“Saya terpaksa meninggalkan Palapes dan bekerja sambilan di sebuah kedai kasut bagi menampung hidup. Jadual harian sangat padat dengan kelas pada hari bekerja manakala setiap malam bekerja dari pukul 5 hingga 10 malam, termasuk hujung minggu dari pukul 1 petang hingga 10 malam.

“Pernah saya makan sekali sehari sehingga mendapat masalah penghadaman. Bila keluarga tahu saya bekerja, mereka pula minta bantuan jadi saya terpaksa kerja lebih kuat,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, ketika cuti semester, dia bekerja sebagai pembantu peribadi dan pembungkus barangan di gudang demi meneruskan kelangsungan hidup.

Memasuki tahun kedua pengajian, Nur Hidayah menerima biasiswa yang membolehkannya berhenti bekerja buat sementara waktu dan memberi tumpuan penuh kepada pelajaran.

“Saya boleh katakan saya kuat kerana diri saya sendiri, masalah yang saya hadapi jadi kekuatan untuk saya tamatkan pengajian,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN