Isu pinjaman negeri sering disalah tafsir – Wan Rosdy

Isu pinjaman negeri sering disalah tafsir – Wan Rosdy

WAN Rosdy Wan Ismail ketika sesi penggulungan sidang DUN Pahang di Kuantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah pinjaman kese­luruhan kerajaan negeri Pahang berjumlah hampir RM1 bili­on bukan sahaja terdiri daripada pinjaman yang dibayar oleh nege­ri tetapi ditanggung oleh agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut hanya RM755 juta yang melibatkan bayaran melalui bajet mengurus negeri manakala RM304 juta lagi ditanggung oleh agensi masing-masing.

“Ini termasuk pinjaman bagi projek air yang akan dinovasi, pinjaman Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) serta infrastruktur oleh PBT. Rekod ini disahkan tepat dan selari dengan rekod Jabatan Akauntan Negara Malaysia sehingga November 2025.

“Tambahan, pinjaman ini bukan liabiliti semata-mata tetapi merupakan pelaburan strategik untuk memacu pembangunan negeri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga menjadi pemberi pinjaman kepada agensi dan badan berkanun negeri berjumlah RM46 juta.

“Kerajaan negeri telah me­rangka strategi jangka panjang termasuk way forward yang membolehkan bayaran pinjaman dibuat lebih awal.

“Bermula 2027, kerajaan nege­ri merancang untuk mula membayar pinjaman yang sepatutnya dibayar pada 2030, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman kerajaan Persekutuan secara signifikan.

“Bayaran advance ini adalah langkah proaktif membuktikan bahawa bajet negeri adalah mampan dan dirangka dengan visi jauh ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata, pada 2024, kerajaan negeri membuat bayaran balik pinjaman RM39.4 juta manakala pada tahun ini RM61.2 juta peningkatan sebanyak 55 peratus yang menunjukkan kedudukan kewang­an negeri semakin kukuh.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×