SHAH ALAM: Pejabat Sultan Selangor, dilapor menyalurkan terus maklumat berkaitan isu kebersihan negeri ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga anak syarikat, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM). Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, aduan-aduan turut diterima oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian disalurkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Katanya, susulan maklumat tersebut kerajaan negeri mengadakan dua mesyuarat yang salah satunya memanggil…










