PETALING JAYA: Suara majoriti dunia sekali lagi bergema di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila 151 negara mengundi dalam resolusi Penyelesaian Damai bagi persoalan Palestin, menuntut penamatan segera pendudukan Israel sejak 1967 serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri. Menurut kedutaan Palestin dalam satu kenyataan, hanya 11 negara menolak dan 11 lagi berkecuali dalam undian yang dianggap paling tegas sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan pendapat bahawa…










