Ancaman Islamofobia meningkat selepas serangan Pantai Bondi

Ancaman Islamofobia meningkat selepas serangan Pantai Bondi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ancaman dan ucapan kebencian terhadap orang Islam di Australia meningkat, susulan serangan di Pantai Bondi, yang meragut 15 nyawa pada 14 Disember lalu.

Sebuah masjid dilaporkan menerima puluhan panggilan telefon dengan kenyataan kesat dan menghina, selain individu turut menjadi sasaran di jalanan.

Pemimpin agama berkata, perpecahan sosial dan politik menyebabkan kumpulan laon turut menjadi sasaran kebencian.

Islamophobia Register Australia menerima 126 insiden kebencian yang dilaporkan dalam minggu selepas insiden tembakan, 10 kali ganda berbanding jumlah yang diterima dua minggu sebelumnya.

Lonjakan insiden serupa juga direkodkan secara berasingan oleh Majlis Imam Kebangsaan Australia.

Timbalan Presidennya, Ahmed Abdo berkata, wanita Islam dihina secara lisan dan diancam dengan isyarat seperti serangan senjata api.

“Kebimbangan semakin meningkat. Wanita enggan keluar rumah kerana memakai tudung, dan bimbang menjadi sasaran. Kemungkinan besar keganasan kebencian akan ditujukan kepada umat Islam,” kata Ahmed.

Polis sebelum ini mendakwa, serangan di Bondi dipengaruhi oleh militan Negara Islam (IS), dan didakwa menemukan dua salinan al-Quran di sebuah penginapan yang digunakan suspek, Naveed Akram serta bapanya.

Pemimpin dan organisasi Islam mengutuk serangan itu, dengan wakil menghadiri upacara berkabung untuk mengenang mangsa yang terkorban.

Namun sehari selepas serangan itu, kepala babi yang disembelih dan bahagian haiwan lain ditinggalkan di pintu masuk tanah perkuburan Islam di barat daya Sydney.

Sebuah masjid di Queensland dan sekolah Islam di Victoria turut dicemari perbuatan vandalisme dengan grafiti dalam minggu selepas serangan.

Ahmed berkata, beberapa jemaah di Sydney mengurangkan masa mereka di masjid, meninggalkan tempat ibadah itu sebaik sahaja selesai solat.

Sementara itu, beberapa masjid lain, seperti Masjid Lakemba di barat daya Sydney, meningkatkan kehadiran keselamatan.

Presiden Majlis Islam Victoria (ICV), Mohamed Mohideen berkata, pusat solat organisasi itu menerima jumlah surat kebencian yang meningkat mendadak dan beliau sendiri menerima sekurang-kurangnya 30 ugutan melalui panggilan telefon.

“Ia muncul secara dalam talian, yang selamat walaupun bersifat kebencian, atau ia akan muncul dalam bentuk penghinaan, dan boleh juga berkembang kepada tindakan fizikal dan serangan,” kata Mohideen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN