KUBANG PASU: Seramai 11,377 pengembara memasuki Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada musim cuti sekolah ini dalam tempoh dua hari sejak Khamis lalu. Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, jumlah itu melibatkan seramai 4,881 pengembara kelmarin dan 6,496 orang, semalam. “Jumlah yang masuk ke Malaysia pula seramai 3,398 pada kelmarin dan…









