KOTA KINABALU: Tiga parti iaitu Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bersaing sengit dalam tempoh kempen berbaki seminggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 29 November ini. Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ketiga-tiga parti terlibat bersaing sesama sendiri di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tumpuan terutama berhampiran kawasan bandar. Selain itu, di kawasan terutama luar bandar pula, ketiga-tiga parti dilihat mendahului parti-parti lain, termasuk…










