PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk menyahwartakan atau mengeluarkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) semata-mata untuk tujuan perlombongan unsur nadir bumi (REE), sebaliknya aktiviti itu masih boleh dijalankan dalam kawasan hutan sedia ada dengan kawalan ketat. Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin berkata, sebaliknya langkah tersebut boleh dilakukan dengan kerajaan meminda Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memasukkan REE sebagai salah satu hasil hutan yang sah di bawah undang-undang. “Saya…










