TAWAU: Tawau dan Kalabakan mempunyai potensi luar biasa untuk muncul sebagai hab pertanian moden dan pusat Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) di negeri Sabah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesuburan tanah di daerah itu memberikan kelebihan besar untuk memacu pertanian moden, sekali gus melonjakkan sektor makanan dan agroteknologi bernilai tinggi. Katanya, pembangunan pertanian moden itu perlu digerakkan melalui Kementerian Pertanian…










