29 November jadi penentu kebangkitan sokongan peneroka Felda

29 November jadi penentu kebangkitan sokongan peneroka Felda

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini merupakan detik detik penting yang bakal menjadi ‘game changer’  atau pencetus perubahan kepada warga peneroka Felda khususnya di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat keperluan melihat perubahan besar berlaku dalam kalangan pengundi Felda, selepas sebahagian kawasan peneroka tidak bersama kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, Felda memiliki 317 kawasan peneroka di seluruh negara dan Felda Sahabat kini menjadi simbol kebangkitan semula sokongan warga peneroka terhadap kerajaan.

“Oleh kerana kesinambungan ini penting bagi pengundi di Lahad Datu sama ada di Tunku, Silam atau Kunak, kita perlu membuktikannya, bukan sekadar bernostalgia tetapi menunjukkan bahawa kita bersama dengan establishment,” katanya kepada pemberita pada Program Permuafakatan Komuniti Felda Wilayah Sahabat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Beliau turut mengimbau kembali pengalamannya ketika Operasi Lahad Datu sewaktu memegang portfolio Menteri Pertahanan, sambil menegaskan bahawa mempertahankan setiap inci bumi Sabah adalah tanggungjawab bersama bukan hanya dipikul tentera dan polis, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Ahmad Zahid turut menekankan kepentingan kesinambungan pentadbiran yang stabil, khususnya kepada pengundi di Tunku, Silam dan Kunak, sambil menyatakan keyakinan terhadap tiga calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut.

Beliau optimis sokongan kuat rakyat akan membawa kejayaan pada 29 November ini, sekali gus menjadi ujian penting kepada BN pada pilihan raya kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN