KUALA LUMPUR: Sikap berat sebelah kuasa besar dunia yang meletakkan kepentingan politik dan ekonomi mengatasi nilai kemanusiaan sejagat, menyebabkan ramai nyawa menjadi mangsa pembunuhan di Sudan. Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, Hassan Abdelsalam Omer berkata, ketiadaan kehendak politik antarabangsa untuk menangani konflik di negara bergolak itu mendorong kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) semakin berani meneruskan siri kekejaman terhadap orang awam. Beliau menegaskan, sikap membisu dan kegagalan masyarakat…










