SHAH ALAM: Perdana Menteri dijangka memberi taklimat kepada Jemaah Menteri pada Selasa ini berhubung dakwaan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Perkara itu disahkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, yang memaklumkan semua anggota Kabinet akan diberi penerangan rasmi oleh Perdana Menteri mengenai perkembangan berkenaan. “Saya difahamkan Perdana Menteri akan beri taklimat kepada semua menteri pada Selasa ini. Jadi, kita…










