CHUMPHON (THAILAND): Rakyat Malaysia yang ditahan Polis Thailand pada 6 November lalu mengaku menerima upah sebanyak RM5,000 untuk menghantar 75 kilogram (kg) ketamin. Jurucakap polis Chumpon berkata, suspek berusia 25 tahun itu mengaku selepas soal siasat dijalankan ke atasnya. Katanya, suspek bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui barang yang dibawa itu adalah dadah selepas ia disorokkan di dalam petak rahsia di bahagian belakang keretanya. “Semasa serbuan dilakukan, suspek memandu kereta dari Bangkok…










