Rakan serumah ditahan, suspek keempat kes bunuh jurujual

Rakan serumah ditahan, suspek keempat kes bunuh jurujual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Suspek keempat kes pembunuhan seorang jurujual wanita yang ditemukan maut tanpa pakaian di Blue Water Estate, Seri Kembangan di sini, minggu lalu ditahan.

Suspek yang juga seorang wanita berusia 30-an merupakan rakan serumah mangsa di Taman Castlefield, Cheras.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, suspek ditahan pada Ahad lalu dan suspek lain yang ditangkap termasuk bekas teman lelaki dan abang angkat mangsa berusia antara 24 hingga 30 tahun.

“Polis masih meneruskan usaha mengesan beberapa individu lain yang berkemungkinan dapat membantu melengkapkan siasatan.

Kami tidak dapat memberikan butiran terpeinci mengenai siasatan yang dibuat kerana dikhuatiri menjejaskan hasil siasatan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 29 Oktober lalu, mayat mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai jurujual ditemukan oleh orang awam pada pukul 3.45 petang.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muhamad Farid berkata, setakat ini, lapan keterangan saksi dirakam termasuk jiran di kediaman mangsa dan kenalannya.

“Kita juga dalam proses mendapatkan perintah lanjutan reman terhadap tiga suspek lelaki yang sebelum ini dibenarkan reman selama lima hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN