Malaysia perlu kuasai AI, bukan takutkan risikonya - Anwar

Malaysia perlu kuasai AI, bukan takutkan risikonya – Anwar

Anwar (tengah) ketika melancarkan AI Malaysia di Cyberjaya hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Malaysia perlu menguasai sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bukannya menolak kemajuan itu semata-mata bimbang terhadap risikonya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, biarpun AI membawa cabaran termasuk ancaman terhadap keselamatan negara, ia masih boleh dikawal dan ditadbir bukannya menghalang pembangunan teknologi itu.

“Apabila kita sebut AI, banyak perkara baharu dibangkitkan termasuk berkaitan keselamatan negara.Tetapi perdebatan ini jangan dimulakan dengan pendekatan anti-teknologi.

“Kita kena kuasai dahulu teknologi ini sebelum menentukan bagaimana ia perlu diuruskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Cyberjaya, di sini hari ini.

Katanya, beberapa isu dibangkitkan termasuk kedaulatan data negara, penggunaan sovereign cloud serta implikasi perundangan antarabangsa seperti Cloud Act Amerika Syarikat yang boleh memberi kesan kepada akses terhadap data dan sistem digital.

Anwar berkata, aspek keselamatan siber dan tadbir urus AI perlu menjadi keutamaan dalam usaha kerajaan mempercepatkan agenda transformasi digital negara.

“Bahaya itu memang wujud. Ada syarikat-syarikat besar yang mahu menguasai dunia melalui kepakaran mereka dalam AI, tetapi adakah kerana itu kita batalkan semua pembangunan AI? Tidak mungkin,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia perlu memastikan pembangunan AI dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan keseimbangan antara inovasi, keselamatan dan perlindungan kepentingan negara.

Pada masa sama, katanya, Kementerian Digital akan terus menyelaras pembangunan ekosistem AI negara bagi memastikan teknologi berkenaan dimanfaatkan secara optimum tanpa menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN