KUALA LUMPUR: Seorang pesara berputih mata selepas simpanan keluarganya lebih RM1 juta didakwa lesap akibat menyertai skim pelaburan forex berlesen yang dipercayai palsu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 56, berkata, seluruh keluarganya turut terkesan apabila anak lelakinya berusia 29 tahun turut kehilangan semua simpanan selepas mempercayai pelaburan berkenaan. “Saya sudah kehilangan seluruh simpanan keluarga saya dan jumlah kerugian melebihi RM1 juta. Anak saya yang berumur 29 tahun juga…










