SPRM tahan bekas setiausaha politik, isteri disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta

SPRM tahan bekas setiausaha politik, isteri disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar negeri terbabit.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan kira-kira pada 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

“Pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Kata beliau, kedua-dua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN