PETALING JAYA: Hubungan dua hala Malaysia-China dijangka terus diperkukuh menerusi penyertaan Malaysia dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8 sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan, perdagangan dan kerjasama sektor utama antara kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lawatan kerja selama empat hari ke China bermula hari ini memberi tumpuan khusus kepada pengembangan kerjasama dalam sektor halal, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta…










