PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kerjasama strategik dan risikan antarabangsa bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan termasuk kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tindakan itu selari dengan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh usaha membanteras kegiatan penyeludupan masuk dan keluar dadah dari negara ini didalangi kartel besar. Katanya, usaha itu sudah sekian lama menjadi fokus utama PDRM dalam membanteras…










