PARLIMEN: Tukun tiruan, saiz pukat terkawal lindungi stok ikan negara

PARLIMEN: Tukun tiruan, saiz pukat terkawal lindungi stok ikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan kelestarian sumber perikanan negara dengan melaksanakan pelbagai langkah pengawalan dan pemuliharaan stok ikan bagi menjamin kesejahteraan industri serta keselamatan makanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, antara langkah utama ialah penguatkuasaan spesifikasi teknikal bagi peralatan penangkapan ikan, khususnya saiz mata pukat yang digunakan nelayan.

Katanya, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menetapkan saiz mata pukat di bahagian keroncong bagi pukat tunda tidak kurang daripada 38 milimeter (1.5 inci) yang telah dikuatkuasakan sejak 1 November 2013 bagi mengelak pendaratan anak ikan yang masih dalam fasa pertumbuhan.

“Pendekatan ini lebih praktikal berbanding penetapan saiz ikan minimum kerana reka bentuk dan saiz mata pukat berasaskan kepada spesifikasi seragam.

“Selain penguatkuasaan, kerajaan turut mempergiat usaha pemulihan stok ikan melalui pelabuhan 834 unit tukun tiruan di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bernilai RM19.9 juta,” katanya menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Arthur, kerajaan turut meningkatkan kesedaran nelayan mengenai kepentingan melindungi ikan kecil melalui Program Kesedaran Pematuhan Saiz Minimum Ikan.

“Melalui program itu, DOF memberi panduan spesies-spesies yang hanya boleh didaratkan apabila mencapai saiz matang.

“Pendekatan ini memastikan nelayan memahami bahawa melindungi ikan kecil hari ini bermaksud menjamin pendapatan mereka dan menekankan kesejahteraan jangka panjang komuniti pesisir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN